Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu ?
Jawabnya senang
.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

...

Lilypie Kids Birthday tickers

.: LiHaT JuGa :.

Wednesday, June 17, 2015

~Misi Dapur Shah Alam 3.0~


Alhamdulillah.. Diberi kesempatan olehNya melalui NGO utk menyertai misi ini. Melihat kesungguhan mereka utk menjayakan misi yg sblm ini, membuat diri tertarik utk menyertai Misi Dapur Shah Alam 3.0. Berkampung 2 hari 1 malam di Kampung Pemberian, Kuala Krai ,Kelantan memberi input yg bermakna buat kami. Benar aku anak Kelantan. Tapi, sungguh aku tidak pernah mengenali Kg.Pemberian sehinggalah akhirnya subuh 12 jun 2015 aku sampai ke kampung itu. Disambut dgn suasana alam yg damai. Seolah² tiada apa yg pernah menjengah di situ. Namun di sebalik damai itu, banyak yg tersirat kedukaannya.  Alam menjadi saksi. Melihat wajah² penduduk kampung, anak² kecil hinggalah warga emas. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Musibah yg menimpa mereka diterima dgn redha kerana setiap ujian yg Allah berikan sesuai dgn keimanan kita... utk menguji sejauh mana penerimaan kita terhadap ujian itu.. kuncinya SABAR...


Misi kami Nisa' Shah Alam ialah menyantuni anak² kecil dan remaja. Menghidangkan mereka aktiviti yg santai utk melihat mereka senyum ketawa riang bersama kami. Mendidik jiwa mereka mesra dgn tetamu. At the same time, ini semua berbalik semula kami. Mengajar kami erti kehidupan mereka.

Dulu pernah tidak menyukai kanak². Namun pengalaman, keadaan sekeliling sedikit sebanyak merubah rasa tidak suka itu. Kita pernah melalui zaman kanak². Berdialek dgn mereka dlm loghat 'kelatey' tiada masalah bagiku. Mungkin aturanNya ini utk aku adalah terbaik utk aku lebih dekat dan mesra dgn kanak² di sini. Mereka. Tiada gajet di tangan mereka. Petang² ke padang utk beriadah bersama kawan. Ada yang berbasikal, ada yang berjalan kaki.

Sepetang pertama bersama mereka dengan aktiviti sukaneka. 12 Jun 2015. Kegembiraan di wajah mereka terpalit jua ke wajah kami. Permainan disusun dgn teliti utk mereka. Bermulanya dgn tiupan belon hingga pecah meriuhkan suasana padang yg luas itu. Padang diserikan lagi dgn ikatan kasih sayang. Mereka beriringan dgn sebelah kaki diikat dgn pasangan masing². Ada yang berjalan, ada yang berlari utk sampai ke penamat. Yang jatuh usah ceritalah. Memang ramai. Namun diteruskan hingga ke penamatnya kerana hujan yang renyai makin lebat. Gembiranya mereka, gembira lagi kami. Gelak ketawa bersama sambil melihat gelagat mereka. Sukaneka tidak dapat diteruskan dek kerana awan menangis. Masa juga mencemburui kami. Masing² setiap kumpulan mendapat habuannya. Hadiah & kanak²... orang dewasa pun bila dapat hadiah, mesti bahagia rasanya.. Cuma cara penerimaannya sahajalah berbeza...


Kali pertama mungkin bagiku, melihat lembu dan kambing dilapah kulitnya. Tapi, jarak jauh. Akikah perdana dan kenduri rakyat. Alhamdulillah.

Diberi peluang keliling kampung melihat suasana pasca banjir yang menimpa setelah hampir 6 bulan. Kampung ini merupakan antara kampung yang teruk terjejas akibat banjir. Banyak rumah yang dihanyutkan. Hanya tinggal anak tangga. Runtunnya hati yang melihat. Bertegur sapa dengan beberapa orang penduduk kampung apabila berselisih.
Bersilaturrahim.


Misi diteruskan dengan sesi akademik bersama kanak² dan remaja. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Diberi peluang menyantuni lebih dekat anak² kecil yang masih bertatih utk kenal kehidupan. KAU uji mereka dengan musibah banjir. Cekalnya dirimu wahai anak². Kami belum tentu bagaimana penerimaannya. Keinginan menuntut ilmu nampak di wajah suci mereka. Walaupun tidak diajar banyak, tapi kesungguhan mereka jelas. Budak tidak pandai menipu. Jujur. Kami doakan kalian berjaya dunia akhirat. Gembirakan hati ibu bapa. Balaslah jasa budi mereka selagi mereka ada di dunia. Jadilah aset yang paling berharga buat ibu bapa bila mereka tiada lagi di sisimu.



Petang terakhir beraktiviti bersama adik² dengan melukis dan mewarna.

"Kak, sayo x reti nnukih."
"Kak, nok ngala."

Kami tersenyum hibur dengan gelagat mereka. Di awalnya tadi bising cakap tidak pandai melukis... Beberapa minit selepas bermula, bermacam² lukisan yang dapat dihasilkan. Benar, lukisan itu lukisan hati mereka. Beberapa lukisan daripada mereka ada yang menggambarkan kenangan semasa musibah melanda mereka. Adik², kami kagum dengan ketabahanmu. Lukisan sudah, mewarna pula. Gambar zirafah menjadi pilihan kami utk diwarnakan oleh adik². Mereka tiada masalah berkongsi warna. Khusyuk betul mereka mewarna. Pelbagai jenis warna yg diwarna pada zirafah. Colourful. Cantik. Ada juga yang tidak warna zirafah. Tidak sempat kot. Warna tanah, pokok je. Melalui warna itu, terlihat peribadi dirimu wahai adik².
Kreatif.

Sempat berbual dengan seorang ibu. Menunggu anak sulungnya selesai mewarna. Tidak gopoh anak gadis itu. Tenang sahaja. Yang membuat hatiku tersentuh, ibunya dengan tenang bercerita bahawa anaknya itu perlu diberi perhatian. Penyakit buah pinggang dan darah tinggi anak gadis itu merisaukannya. 

Setiap hari perlukan rawatan.. Allahurabbi. Adik.. Usiamu baru 9 tahun. Tapi Allah mendugamu dengan sakit. Saat ibunya menceritakan bahawa ayah serta adik kpd anak gadisnya itu juga sakit. Allahuakbar.. Rasa panas di mata ditahan.. Hebatnya ujian untukmu kak.. Katanya, selepas ayah anak²nya sakit, dia mengutip pucuk paku untuk dijual demi mencari rezeki.. Mereka sekeluarga juga diuji dengan beberapa kematian ahli keluarga... Allah... Allah.. Allah... Besarnya ujianMu pada mereka.. Alhamdulillah... Rezeki datang bertandang untuk membantu mereka.. in shaa Allah kak.. Bila mana ujian dugaan yg kita terima kita redha, bantuan dariNya akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara... Semoga keluarga akak sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah...

Aktiviti bersama adik² di kampung pemberian berakhir pada lewat senja 13 Jun 2015. Penat yang memuaskan.
-Senyum tiga-

Malam penutup yang indah. Ucapan drp wakil Mercychefs Malaysia, LepsaCare, penghulu kampung serta sedikit tazkirah Ramadhan daripada penceramah jemputan Tabung kutipan derma juga dilancarkan untuk Masjid Mukim Pemberian. Alhamdulillah.

Tahniah team Nisa' Shah Alam.
Semoga usaha dakwah kita ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Our GOALS:
~Sharing Happiness
~Care & Appreciating Lives
~Promoting Volunteerism

Selesai Misi Dapur Shah Alam 3.0.
Semoga segala amal yang telah dilaksanakan mendapat ganjaran di sisiNya nanti.
Semoga ini merupakan salah satu saham untuk bekalan kita di akhirat nanti.

Terima kasih penduduk Kg.Pemberian kerana sudi menerima kunjungan kami.
Harap sudilah lagi menerima kedatangan kami pada masa akan datang. In shaa Allah.
Semoga Ramadhan yang bakal tiba ini, menjadi titik perubahan ke arah yang lebih baik setelah musibah banjir
yang melanda. *RAMADHAN KAREEM*


-anatiimtinan-

.: see n read :.

by sufiMansor

.: JOM BERSENAM HLGKAN STRESS :.


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


Start Photo Sharing

--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~