Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu ?
Jawabnya senang
.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

...

Lilypie Kids Birthday tickers

.: LiHaT JuGa :.

Monday, January 4, 2016

~Terpahat dalam Sanubari~

#memoribersamaarwahabah
(1997-2002)
teringat masa hari first masuk darjah 1(1997). Hari pertama, abah hantar ke sekolah. Tamat waktu sekolah, balik jalan kaki sambil bw beg yg agak berat. Ada sesuatu yg arwah abah nak ajar aku waktu tu.
Dari darjah satu hinggalah darjah lima, ulang alik ke sekolah berjalan kaki. Bila cuaca hujan, baru arwah abah akan hantar. Cemburu tengok kawan² yg lain naik basikal ke sekolah. Alhamdulillah, upsr arwah abah belikan basikal. ms tu org panggil 'basikal mini', sbb ada bakul kat depan. Bakul pun bakul lah, asalkan ada basikal, cepatlah sikit sampai sekolah.
Pagi² sebelum g ke sekolah, mama akan buat breakfast. Biasanya air milo, roti telur, nugget goreng. Arwah abah suka beli nugget Ramly yg bungkusan warna oren tu.
Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Aku x pernah hadir ke kelas fardhu ain atau pun kokurikulum di sekolah kebangsaan. Boleh kira brp kali je hadir.

(2003-2008)
Sekolah menengah, jarang sangat ke sekolah dengan public transport. Biasanya arwah abah akan hantar. Sementara menunggu anak gadisnya yg 2 org ni bersiap, selepas pulang dari masjid, arwah abah sempat membaca al-Quran dan bersarapan dahulu. Biasanya yg paling lambat siap fifi lah... hehe
Sampai kat gate sekolah, sempat masuk before 7.40, x kena denda.. tp, selalu jugak lah kena denda.. kadang tu, terlepas satu waktu (dlm 30minit) masa pertama jadual kelas. Balik sekolah tengok pd jadual sekolah.. jika ada kelas tambahan atau ada aktiviti kokurikulum, petang selepas asar(5-5.30ptg) baru arwah abah datang ambil. Kadang² tu terasa nak balik dengan bas je. Jika xde apa², jam 2 petang akan tunggu arwah abah dtg ambil kat area BSN, abg jual burger(sekarang masih ada tau), dekat dgn Pantai Timur KB. Boring duk tunggu, beli sebiji benjo.

(2008-2009)
Dapat tawaran masuk matrik(KMKu).
Arwah abah, abe, kak tie & uthman(baby) yg hantar masa hari pendaftaran. Bawa beg tayar besar kot. Abang siap cakap, mcm nk g Mekah beg ni Fifi... 😂
Masa duk matrik ni, duit xlah pakai byk sgt. Elaun dapat, tapi berperingkat. Kadang² telefon gak kat mama & abah sbb nak pakai duit nak beli buku, barang² keperluan dll. Perbelanjaan makan x risau sangat, sbb kat matrik dapat makan 6× sehari(breakfast, mkn pagi, lunch, minum petang, dinner, supper). Bila balik kampung, arwah kak jan cakap, "Fi, napok gemuk lah..." Mana x berisinya, dah mkn 6× sehari. Tapi, ada je yg skip. Hehe...
2009, tamat matrik. Arwah abah & am yg dtg ambil. Sedihnya nak tinggalkan matrik tu. Banyak memori dan kenangan terindah.

(2009-2013)
Dapat tawaran UiTM Shah Alam.
Arwah abah, abe, ahmad, am, mok jah (x pasti sape lg) yg hantar utk hari pendaftaran. Sbb daftar petang, dapatlah bilik tingkat 4. Beg yg mcm nk g Mekah tu & brg² lain diangkut dengan jayanya.
3 tahun berjuang di shah alam & 1 sem (sem akhir) balik terus ke kelantan sbb praktikal. Masa dpt tau praktikal kat MPKB & SUK, x tau nk pilih yg mana. Akhirnya, pilih MPKB. Sbb senang dan mudah nk ulang alik. Tu pun x berani nak cakap kat arwah abah nak minta supaya hantarkan ke MPKB. Biasalah, mama lah jadi org tengah. Thnx ma..

(Mac 2013 - Ogos 2013)
Dapat kerja cikgu kontrak kat sekolah agama swasta di Kubang Kerian. Selepas dapat tu, fikir punya fikir. Takkan nak suruh abah hantar? Lesen kereta ada, tapi x nak drive. Akhirnya, mama juga yg jadi org tengah. Arwah abah ckp boleh je dia hantar. Xde masalah. Allahu Allah... Terima kasih abah...
6 bulan as a contract teacher, arwah abah lah yg banyak kali hantar dan ambil kat sekolah. Cuma bbrp minggu sblm nak tamat kontrak tu, kadang² keadaan arwah abah time tu x sihat, x larat nak hantar, Fifi la yg akan drive sendiri.

Semenjak keadaan kesihatan arwah abah kurang baik (hujung Ogos 2013), aq banyak belajar berdikari. Nak ke mana², pergi sendiri. Klu ke kedai, arwah abah selalu pesan, "mama tu tangey dop kuat. dop leh bw barey berat². Nati tlg mama mu bw brg".
Bila nak ke mana² ramai², arwah abah x akan drive kereta. Anak² yg akn drive. Seronok sangat tengok arwah abah dapat duduk je dlm kereta sambil sembang².. Pernah bbrp kali aq yg drive, arwah abah duk tepi, duk belakang. Rasa berbaloi sangat lesen yg aq ada tu aq dpt drive utk bw  arwah abah dan mama. X terbalas rasanya jasa arwah abah dari aq kecil hingga besar niii... sepanjang hidupnya, aq rasa x banyak pun jasanya yg aq balas...

(Disember 2014)
Penghujung 2014 detik masa yg sangat hiba buat kami sekeluarga. Berita kehilangan insan tersayang yg mengejutkan.
26hb, malam. Mendapat berita bahawa kakak sulong tidak sedarkan diri. Sehingga awal pagi, masih di wad kecemasan.
Awal pagi 27hb, suasana sepi diluar dengan deruan perlahan aliran air banjir, kaku melihat sekujur badan yg telah dijemput oleh Allah. Tidak lambat, tidak cepat walau sesaat. Tiada kata dapat diungkap, air mata meluahkan rasa.

"Baru tadi ku sarungkan baju padanya.
Baru tadi ku hidangkan nasi dan sardin padanya.
Baru tadi ku bancuhkan teh padanya."

Sekarang, dia hanya kaku di situ.
Tanpa kata, tanpa senyuman.
Jasad itu dibawa ke hospital utk pemeriksaan dan pengesahan lanjut disebabkan keadaan rumah yg dikelilingi air banjir. Dalam jam 4 pagi, abe M call gtau, confirm. Urusan jenazah akan diseleasaikan di hospital. Selesai urusan jenazah, jenazah akan dibawa ke Bachok, rumah kakak.
Pada masa itu juga, mendapat panggilan drp anak buah. Dia mengkhabarkan umi masih x sedar, di wad kecemasan. Doc ckp 50-50. Darah banyak dalam kepala. Jika tebuk berjaya pun, 100% perlu diurus dan dijaga. Ya.. hanya air mata yang berkata ketika itu.

27hb, pagi.
Kami adik beradik yg ada di rumah, dibawa keluar dari kawasan taman yg banjir tu dengan truck askar utk ke Bachok. Semuanya diuruskan oleh abang iparku. Sayu rasanya melihat rumah semakin jauh dari penglihatan. Setakat banjir yg pernah aq rasai, tidak pernah aq pindah keluar dr rumah itu.
Persiapan serba sedikit dibuat. Aq yg sempat terlelap sambil bersandar di dinding di tepuk oleh slh seorang kak ipar. Aq terus bangun dan meluru ke dapur. Teringat kat kakak dan terus bertanya pada kakak ipar yg berada di situ. "Kak je gano?"... kakak ipar aq terus berpaling dgn linangan air mata lalu berkata, "x tau lagi ke? Kak je xdop doh......"... Innalillahi wainna ilaihi raji'un... Allahurabbi... aq terus terduduk dan mendapat panggilan daripada seorang senior di shah alam. Aq hanya menangis dan berkata, "akak,.... abah dan kakak sy dah xde... "....

Tengah hari, jenazah abah sampai di Bachok.
Alhamdulillah, jenazah abah selamat dikebumikan selepas solat Asar. Walaupun hanya 5 org anaknya shj yg sempat berjumpa dgn abah buat kali terakhir, namun doa dari semua anakmu sentiasa ada untuk abah.

Petang; sebelum Asar, jenazah kakak sampai di Bachok.
Alhamdulillah, jenazah kakak sulongku selamat dikebumikan selepas solat Maghrib. Detik yg paling tersentuh hatiku sewaktu satu²nya anak lelaki arwah Kak je sempat utk mengucup jenazah uminya buat kali terakhir, mengiringi jenazah ke kubur, dan menyambut jenazah utk dibawa turun ke liang lahad. Itu antara impian, harapan arwah Kak je yg ingin anak lelakinya laksanakan. Impianmu tertunai Kak je.

============================================================
Ini adalah antara beberapa rakaman kisah yang aq boleh coretkan yg takat semampu daya ingatanku. Masih ada di celah² peristiwa itu yang tidak dikisahkan bersama. Biarlah cerita celahan cebisan itu dijadikan memori utk terpahat di minda dan sanubari. Sesungguhnya, segala yang terjadi ini telah ditetapkan olehNya. Redhalah dengan apa sahaja yang telah diberikanNya kepada kita.
============================================================
Abah dan Kak Je adalah pinjaman terindah buat kami sekeluarga.
Damailah kalian berdua bersama² insan yg beriman di sana.
Selamatlah kalian berdua dalam dakapan ILAHi.
Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah mereka berdua.
Lapangkanlah liang lahad mereka, ringankanlah azab kubur terhadap mereka.
============================================================


Dalam kenangan:
Mansor bin Ab Wahab(10/08/1937 - 27/12/2014)
Marjan binti Mansor(18/2/1967 - 27/12/2014)
Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

.: see n read :.

by sufiMansor

.: JOM BERSENAM HLGKAN STRESS :.


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


Start Photo Sharing

--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~