Alhamdulillah.. Diberi kesempatan olehNya melalui NGO utk menyertai
misi ini. Melihat kesungguhan mereka utk menjayakan misi yg sblm ini, membuat
diri tertarik utk menyertai Misi Dapur Shah Alam 3.0. Berkampung 2 hari 1 malam
di Kampung Pemberian, Kuala Krai ,Kelantan memberi input yg bermakna buat kami.
Benar aku anak Kelantan. Tapi, sungguh aku tidak pernah mengenali Kg.Pemberian sehinggalah
akhirnya subuh 12 jun 2015 aku sampai ke kampung itu. Disambut dgn suasana alam
yg damai. Seolah² tiada apa yg pernah menjengah di situ. Namun di sebalik damai
itu, banyak yg tersirat kedukaannya. Alam menjadi saksi. Melihat wajah² penduduk
kampung, anak² kecil hinggalah warga emas. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.
Musibah yg menimpa mereka diterima dgn redha kerana setiap ujian yg Allah
berikan sesuai dgn keimanan kita... utk menguji sejauh mana penerimaan kita
terhadap ujian itu.. kuncinya SABAR...
Misi kami Nisa' Shah Alam ialah menyantuni anak² kecil dan remaja.
Menghidangkan mereka aktiviti yg santai utk melihat mereka senyum ketawa riang
bersama kami. Mendidik jiwa mereka mesra dgn tetamu. At the same time, ini
semua berbalik semula kami. Mengajar kami erti kehidupan mereka.
Dulu pernah tidak menyukai kanak². Namun pengalaman, keadaan
sekeliling sedikit sebanyak merubah rasa tidak suka itu. Kita pernah melalui
zaman kanak². Berdialek dgn mereka dlm loghat 'kelatey' tiada masalah bagiku.
Mungkin aturanNya ini utk aku adalah terbaik utk aku lebih dekat dan mesra dgn
kanak² di sini. Mereka. Tiada gajet di tangan mereka. Petang² ke padang utk
beriadah bersama kawan. Ada yang berbasikal, ada yang berjalan kaki.
Sepetang pertama bersama mereka dengan aktiviti sukaneka. 12
Jun 2015. Kegembiraan di wajah mereka terpalit jua ke wajah kami. Permainan
disusun dgn teliti utk mereka. Bermulanya dgn tiupan belon hingga pecah
meriuhkan suasana padang yg luas itu. Padang diserikan lagi dgn ikatan kasih sayang.
Mereka beriringan dgn sebelah kaki diikat dgn pasangan masing². Ada yang
berjalan, ada yang berlari utk sampai ke penamat. Yang jatuh usah ceritalah.
Memang ramai. Namun diteruskan hingga ke penamatnya kerana hujan yang renyai
makin lebat. Gembiranya mereka, gembira lagi kami. Gelak ketawa bersama sambil
melihat gelagat mereka. Sukaneka tidak dapat diteruskan dek kerana awan
menangis. Masa juga mencemburui kami. Masing² setiap kumpulan mendapat
habuannya. Hadiah & kanak²... orang dewasa pun bila dapat hadiah, mesti
bahagia rasanya.. Cuma cara penerimaannya sahajalah berbeza...
Kali pertama mungkin bagiku, melihat lembu dan kambing dilapah
kulitnya. Tapi, jarak jauh. Akikah perdana dan kenduri rakyat. Alhamdulillah.
Diberi peluang keliling kampung melihat suasana pasca banjir
yang menimpa setelah hampir 6 bulan. Kampung ini merupakan antara kampung yang
teruk terjejas akibat banjir. Banyak rumah yang dihanyutkan. Hanya tinggal anak
tangga. Runtunnya hati yang melihat. Bertegur sapa dengan beberapa orang
penduduk kampung apabila berselisih.
Bersilaturrahim.
Misi diteruskan dengan sesi akademik bersama kanak² dan remaja.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Diberi peluang menyantuni lebih dekat anak²
kecil yang masih bertatih utk kenal kehidupan. KAU uji mereka dengan musibah
banjir. Cekalnya dirimu wahai anak². Kami belum tentu bagaimana penerimaannya. Keinginan
menuntut ilmu nampak di wajah suci mereka. Walaupun tidak diajar banyak, tapi
kesungguhan mereka jelas. Budak tidak pandai menipu. Jujur. Kami doakan kalian
berjaya dunia akhirat. Gembirakan hati ibu bapa. Balaslah jasa budi mereka
selagi mereka ada di dunia. Jadilah aset yang paling berharga buat ibu bapa
bila mereka tiada lagi di sisimu.
Petang terakhir beraktiviti bersama adik² dengan melukis dan
mewarna.
"Kak, sayo x reti nnukih."
"Kak, nok ngala."
Kami tersenyum hibur dengan gelagat mereka. Di awalnya tadi
bising cakap tidak pandai melukis... Beberapa minit selepas bermula, bermacam²
lukisan yang dapat dihasilkan. Benar, lukisan itu lukisan hati mereka. Beberapa
lukisan daripada mereka ada yang menggambarkan kenangan semasa musibah melanda
mereka. Adik², kami kagum dengan ketabahanmu. Lukisan sudah, mewarna pula.
Gambar zirafah menjadi pilihan kami utk diwarnakan oleh adik². Mereka tiada masalah
berkongsi warna. Khusyuk betul mereka mewarna. Pelbagai jenis warna yg diwarna
pada zirafah. Colourful. Cantik. Ada juga yang tidak warna zirafah. Tidak sempat kot.
Warna tanah, pokok je. Melalui warna itu, terlihat peribadi dirimu wahai adik².
Kreatif.
Sempat berbual dengan seorang ibu. Menunggu anak sulungnya selesai
mewarna. Tidak gopoh anak gadis itu. Tenang sahaja. Yang membuat hatiku
tersentuh, ibunya dengan tenang bercerita bahawa anaknya itu perlu diberi perhatian.
Penyakit buah pinggang dan darah tinggi anak gadis itu merisaukannya.
Setiap
hari perlukan rawatan.. Allahurabbi. Adik.. Usiamu baru 9 tahun. Tapi Allah mendugamu dengan sakit. Saat ibunya menceritakan bahawa ayah
serta adik kpd anak gadisnya itu juga sakit. Allahuakbar.. Rasa panas di mata
ditahan.. Hebatnya ujian untukmu kak.. Katanya, selepas ayah anak²nya sakit,
dia mengutip pucuk paku untuk dijual demi mencari rezeki.. Mereka sekeluarga
juga diuji dengan beberapa kematian ahli keluarga... Allah... Allah.. Allah...
Besarnya ujianMu pada mereka.. Alhamdulillah... Rezeki datang bertandang untuk
membantu mereka.. in shaa Allah kak.. Bila mana ujian dugaan yg kita terima
kita redha, bantuan dariNya akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara...
Semoga keluarga akak sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah...
Aktiviti bersama adik² di kampung pemberian berakhir pada lewat
senja 13 Jun 2015. Penat yang memuaskan.
-Senyum tiga-
Malam penutup yang indah. Ucapan drp wakil Mercychefs Malaysia,
LepsaCare, penghulu kampung serta sedikit tazkirah Ramadhan daripada penceramah
jemputan Tabung kutipan derma juga dilancarkan untuk Masjid Mukim Pemberian.
Alhamdulillah.
Tahniah team Nisa' Shah Alam.
Semoga usaha dakwah kita ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Our GOALS:
~Sharing Happiness
~Care & Appreciating Lives
~Promoting Volunteerism
Selesai Misi Dapur Shah Alam 3.0.
Semoga segala amal yang telah dilaksanakan mendapat ganjaran
di sisiNya nanti.
Semoga ini merupakan salah satu saham untuk bekalan kita di
akhirat nanti.
Terima kasih penduduk Kg.Pemberian kerana sudi menerima kunjungan
kami.
Harap sudilah lagi menerima kedatangan kami pada masa akan
datang. In shaa Allah.
Semoga Ramadhan yang bakal tiba ini, menjadi titik perubahan
ke arah yang lebih baik setelah musibah banjir
yang melanda. *RAMADHAN KAREEM*
-anatiimtinan-