Allah SWT berfirman, "sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepadaNya" (surah al-Anbiyaa',26-28)
Berikut ialah antara senarai2 orang yang mendapat doa para malaikat:
1. ORANG YG TIDUR DLM KEADAAN SUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bhw Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.' " (Hadith ini9 disahihkan oleh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib 1/37)
2. ORANG YG MENUGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menuggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia' "(Sahih Muslim no.469)
3. ORANG YG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang yang berada pada saf-saf terhadapan"(Sahih Sunan Abi Daud I/130)
4.ORANG YG MENYAMBUNG SAF.(tdk membiarkan kekosongan di dalam saf)
Para imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari 'Aisyah rs., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf" (Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5.KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL-FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi'alaihim waladh dhalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no.782)
6.ORANG YG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para Malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allahampunilah dan sayangilah ia' "(Al Musnad no.8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)
Diharap kita berada di dalam golongan2 seperti ini...aamiiin..
semoga bermanfaat utk kita semua...
sirru 'ala barokatillah...
No comments:
Post a Comment