Carilah
Untukmu Seorang Imam
Abang..hari
tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar
balik..kira period balik ke bang? “
”
Maybe kot. Try search kat google..”
”
Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah
pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
”
Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang
sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun
perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi
alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah
pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula
adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai
imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai
dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk,
makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah
rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih,
perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika
benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum
dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada
pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang
untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya
yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau
sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti
fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok
sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh
untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah
bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih
dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi
bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang
perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami
menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “
Suami yang bertanggungjawab tidak
akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan
bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain
itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang
bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung
dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi
seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar
perkara-perkara tersebut?
MENCARI
SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki
memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan
bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak,
kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang
kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak
langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap
perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira,
memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya,
bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid
itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai
bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki
‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai
manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang
tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu
tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki.
Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh
ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’
kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu
di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti
itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga
mengatakan demikian.
MANFAATKAN
TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik
untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah
pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh
gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu,
antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai
isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh
mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya,
boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri
seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini
tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh
hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan
perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah
pertunangan.
ASALKAN
DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun,
asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu
membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui
seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap
perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik :
habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum
tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang
meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah
tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang
benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai
suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam
hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan
itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke
syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM,
bukan semata-mata seorang jejaka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment