Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu ?
Jawabnya senang
.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

...

Lilypie Kids Birthday tickers

.: LiHaT JuGa :.

Saturday, March 3, 2012

~Peristiwa 0303~



RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini, 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atartuk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Hamed II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dam memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dam mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impisn British dan Zionis untuk meruntuhkan Khalifah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik meraka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khalifah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dam pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah mereka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlkan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

No comments:

Post a Comment

.: see n read :.

by sufiMansor

.: JOM BERSENAM HLGKAN STRESS :.


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


Start Photo Sharing

--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~