Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu ?
Jawabnya senang
.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

...

Lilypie Kids Birthday tickers

.: LiHaT JuGa :.

Thursday, March 8, 2012

~Muslimah~


 MUSLIMAH 

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah
Kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Munsyid : Nazrey Johani


Saturday, March 3, 2012

~Peristiwa 0303~



RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI..
Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini, 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atartuk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Hamed II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dam memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dam mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impisn British dan Zionis untuk meruntuhkan Khalifah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik meraka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khalifah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dam pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah mereka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlkan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Friday, March 2, 2012

~check list E.G.O~


Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.

Antara tanda-tanda ego :

1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.

2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.

3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah.

4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.

5. Emosional, mudah tersinggung.

6. Mudah marah, cepat melenting.

7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.

8. payah mahu menerima pandangan orang lain.

9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.

10. dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.

11. Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.

12. Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.

13. Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.

14. Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.

15. Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.



.: sufi : copypaste dr FB seorang sahabat... semoga bermanfaat... :.

~Oreo - 3 Plus 1~

tiada apa yg dpt aq ungkapkan... selamat menonton...
serius aq nangis.... T__T

maafkan diriku ini sahabat2, kawan2... andai aq pernah mengguris, menyakiti perasaan kalian tanpa aq sedar...


.: see n read :.

by sufiMansor

.: JOM BERSENAM HLGKAN STRESS :.


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


Start Photo Sharing

--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~