|
jika dapatku mengulangi... perjalanan cintaku bersamamu lg... akan ku jaga... sebaik2 cinta ini... kini ku rasa kehilangan... ku sedar betapa pentingnya kau di sisi... yg selalu ada... yg selalu rindu... terhadap diriku... |
-KISAH RUMPUT TERINDAH-
Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kpd gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar itu bangun dari kerusinya lantas bertanya, "Cikgu, bagaimana kita ingin memilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang?"
Guru tersebut tersenyum, "Okey, kamu ikut apa yg cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yg terbabar di depan kamu. Pilihlah rumput yg paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Petiklah rumput yg kamu rasakan paling cantik. Kemudian bawa ke kelas."
Apabila pelajar tersebut pulang semula ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru itu bertanya, "Kenapa tiada rumput yg dipilih?"
Jawab pelajar itu, "Tadi, semasa saya sedang berjalan, saya sudahpun mencari rumput yg paling cantik. Memang ada, banyak sekali rumput yg cantik tapi cikgu cakap, petik yg paling cantik. Maka, saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali.
Agak-agak, apakah jawapan yg bakal guru itu berikan?
Usahlah mencari yg terbaik, apa yg ada di depan itulah yg terbaik.
Usah mencari terbaik, tp jadilah yg terbaik.
Usah menoleh ke belakang lg, teruskan mara.
Yang sudah ketinggalan, biarpun ada di antaranya yg terbaik, usahlah cuba berharap lg.
Apabila kita sudah bertemu dgn seseorang, usahlah kita berusaha mencari yg lebih baik drp kita.
Kita patut hargai insan yg berada di depan kita sebaik-baiknya.
Travelog Budak Mentah | Pada Celahan Rumput Itu | 138-139
---------------***---------------
terima kasih sudi jadi "BULAN" yg indah utk saya