Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu ?
Jawabnya senang
.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

...

Lilypie Kids Birthday tickers

.: LiHaT JuGa :.

Sunday, December 5, 2010

~ManFaatkan cUtimu~

JUDUL : MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA,(BUKU ASAL: أسعد المرأة في العالم )
OLEH : SYEIKH 'AIDH AL-QARNI @ DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI-PENGARANG BUKU BEST SELLER "JANGAN BERSEDIH"
ALIH BAHASA : MOHD. SOFWAN AMRULLAH
PENERBIT : JASMIN PUBLICATIONS

Sedikit intisari buku:
Buku ini saya umpakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman), dan sebagainya.

Sebaik sahaja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi segala perhiasan dunia, perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita, dan malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.

Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?

.: sufi kata:xabis baca ag buku ni...tp..chapter 1st pom dah berjaya memikat hati ini.. :.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

JUDUL : TENTANG CINTA
OLEH : UST. PAHROL MOHD JUOI
PENERBIT : TELAGA BIRU SDN BHD

Pengenalan Tentang Cinta:
TENTANG CINTA membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman-berzaman. Ia akan menjawab persoalan :
Apa sebenarnya yang dikatakan cinta?
Siapakah yang patut dicintai?
Bagaimana kita harus bercinta?
Bagaimana mencintai dan dicintai?
Siapakah role-model kita dalam bercinta?
Bolehkah menjadi hamba cinta?
Cinta bagaimana yang ada 'class'?
Buat para remaja... selamilah TENTANG CINTA kerana di situlah indahnya kehidupan. Dan bagi yang pernah frust bercinta, buku ini menawarkan ubatnya!

"Rujukan wajib buat remaja, ibubapa atau sesiapa juga yang ingin memahami realiti cinta berteraskan Islam"
-DATO' DR. HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH-

.: sufi kata:ade 5bab ag..nk kata ad pengalaman bercinta...emmm...tp buku ini sesuai utk semua..xkira lah yg tengah hot2 bercinta ke, br tengah fkr2 nk bercinta ke, atau langsung xpernah rase n nk bercinta..(cinta lelaki n perempuan ye mksd di sini) :.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

JUDUL : KERANAMU AKU CEMBURU
OLEH : ASMA NADIA
PENERBIT : PTS MILLENNIA SDN BHD

1st sight:
Buat pasangan suami isteri yang sentiasa diuji dengan onak dan duri, selami isi hati pasangan masing-masing yang setiap detik saling bergantungan dan memerlukan.

Walaupun adakalanya terbit rasa cemburu dengan perubahan tingkah laku dan tutur kata, bendung persaan itu selagi termampu. Justeru, nilai kasih dan tanda hormat para suami dan isteri sentiasa bersemi dalam sanubari.

Kisah-kisah benar di dalam buku Keranamu Aku Cemburu mampu memberikan motivasi dan suntikan inspirasi baru dalam jiwa para suami dan isteri, supaya setiap pasangan dapat mengawal perasaan cemburu daripada terus beraja di kalbu.

Buat para suami dan isteri, usah viarkan perasaan cemburu mnguasai dirimu sehingga terlupa kepada Tuhan yang satu.

Sebaliknya dirimu yang mngawal rasa cemburu daripada memisahkan ikatan suci itu.

.: sufi kata:~waaah!!!buku ni berkisar tentang suami isteri kan?..emm..buku sesuai la utk yg dah mengalami alam rmh tangga...sesuai juga utk bakal2 pengantin baru...yang bakal bergelar zauj dan zaujah...sufi belum lg hbs baca...krn perlu menghabiskan bacaan 'Tentang Cinta' dulu... :.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

JUDUL : ENGKAU MEMANG CANTIK
OLEH : BURHAN SODIQ
PENERBIT : KEMILAU PUBLIKA SDN BHD

Intipati buku:
Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak memiliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.

Hal ini tentu sahaja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk memberi kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.

Antara mereka sudah memulai denga langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak profesional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik yang lainnya.

Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah Islam pada masa yang akan datang. Kerana kita pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan Islam itu akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

.: sufi kata:ni buku pinjam...bkn senirik pny..~ngeee...kak azi pny ni...buku ni bertukar tgn dr ana kpd sufi utk diberikan kpd kak azi bile bukak sem baru nt...so, sufi dah minta izn dr tuan pny buku ni utk baca...sama ngan buku di atas, xabis bc ag... :.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

JUDUL : SUDOKU
PUBLISHED BY : MAXIM PRESS & PUBLICATION SDN BHD

what is SUDOKU???
SUDOKU is the only 'number puzzle' in the world that has captured the interest of all age group. It is indeed a remarkable product originated from Japan and is an exciting brain twister.

SUDOKU not only offers great challenge to anyone who attempts to solve it but also gives them contentment, excitement and fun. In a nutshell, sudoku is a comprehensive 'brain workout' to strengthen mental muscles of the right brain.

SUDOKU practise and activity enhances neuro-muscles synergy recruited by a single neural command thus undoubtedly increases the power of observation, concentration, memory and will power. It is a tool to boost one's confidence.

Get a set for yourself now!

.: sufi kata:I LOVE SUDOKU!!!...stkt ni br dua biji dpt hbskan sudoku...bkn dua, tp 1 1/2 buku...hehehe...buku 1st ms sem 1 ke sem 2...xingt dah..my sahabiah yg bg...thnx atiq...love u!!!...buku kedua xabis buat...sbb yg level hard die mmg ssh sgt2...kena try n error...selalunye slh r tekaan sufi tu...kena padam balik...haaa..akang ni ade buku baru...yg dua kat atas ni...yg level profesional tu ad 54 sudoku yg perlu diselesaikan..yg level genius pom 54...yg profesional tu baru 25 dpt selesaikan...kena selesaikan yg profesional dl br blh start genius...~ngeee...best maen sudoku ni...senaman otak... :.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

entri yg agk pnjg kali ni...xde ape nk gtau n sampaikan dr diri penulis yg juga serba kekurangan ini...ilmu di dada masih lg cetek...diri penulis masih lagi mencari2 erti kehidupan yg sebenarnya...meneroka di Bumi Allah ini...bernafas dgn oksigen yg tiada henti2 n jemu yg debrikan olehNYA tanpa sebarang byrn...free of charge!!!..manfaatkanlah ia...sesungguhnya nikmat Allah itu ad di mana2...amt luas pemberianNYA...cuma kita shj yg terkadang leka dgn tipu dy dunia...dgn bisikan syaitan...bersyukurlah dgn ap yg kite ade...bersyukurlah dgn sgl nikmat yg xterhitung drNYA...basahilah lidahmu dgn ALHAMDULILLAH apbl diberi nkmat kebahagiaan kegembiraan kemenangan kejayaan...apbl ditimpa musibah, jgnlah mengeluh krn itu adlh ujian utkmu utk menguji darjat keimananmu...

ade dua nikmat yg manusia sering leka dgnnya iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang...
hargailah nkmt ketika sihat...krn bile sakit br nk ingt Tuhan...
ingt lah kamu lima perkara sblm dtg kpdmu lima perkara...
sihat sblm sakit
lapang sblm sempit
muda sblm tua
kaya sblm miskin
hidup sblm mati

jgn kamu sia2kan waktu lapang...isilah ia dgn benda2 yg bermanfaat...yg berfaedah...byk kan perkara2 yg berfaedah yg blh kita buat...baca buku, belajar memasak, mengikuti program2 keagamaan, ke majlis2 ilmu, dan byk lg la....
so, sementara msh ad lagi cuti yg berbaki 4mggu ni, penulis byk menghabiskan ms dgn 'u'nye (lappy Q42), buku2 ilmiahnye, sudoku, maen kucing dll.

jd, manfaatkan ms lapang anda dgn benda2 yg berfaedah..xyah lepak kat tepi2 jln ke, berkeliaran kat shpping complex...watpe???...baik duk umah tlg mak ayah kemas umah, cuci kereta...xpom g la belajar menjahit ke, wat keje2 smbln ke...kan ade faedah n manfaatnye...
dpt pengalaman, dpt kwn baru, dpt ilmu....

renung2kan dan selamat beramal...
ada tersalah kata, tersilap bahasa hrp dimaafkan...
ade tersilap mklmt, hrp beri TEGURAN...
ruangan komen tersedia...
wallahu'alam...
sirru 'ala barakatillah..
^_^




No comments:

Post a Comment

.: see n read :.

by sufiMansor

.: JOM BERSENAM HLGKAN STRESS :.


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


Start Photo Sharing

--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~