Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu ?
Jawabnya senang
.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

...

Lilypie Kids Birthday tickers

.: LiHaT JuGa :.

Sunday, December 12, 2010

~PASANGAN YG MENANTI UTK HARI2 YG PASTI~

enti…

bukan ana tidak mahu memandang wajah enti, tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi suatu hari nanti..
hari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirikkan senyuman pd enti, tp ana selalu tersenyum didalam hati, agar senyuman ini ‘mahal’ di hari cincin di sarungkan ke jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti, tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti, ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa mengetahuinya di hari2 yang pasti…

bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti, tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana, tika mana ana dan enti ‘bukan’ lg ‘ana’ dan ‘enti’ di hari2 yg pasti…

bukan ana tidak mahu ber'chatting' dgn enti, tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti, di hari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu selalu bermesej dgn enti, tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti, tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini.

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti, tapi ana bimbang wajah ini tidak akan mampu lagi memberikan senyuman di setiap pagi, di hari2 yg pasti…

bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti, tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu, di hari2 yang pasti..

bukan ana tidak ingin menghadiahkan sesuatu untuk harijadi enti, tapi bimbang andai hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti, dan tidak lagi di hari2 yang pasti..
………………………….

enti yakinlah, percayalah…

bukan ana tidak ingin mengatakan ana merindui pada enti, tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Ilahi.. kerana di saat ini bukan hari2 yang pasti…

bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enti, tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Ilahi, kerana ia bukan hari2 yang pasti..

kerana tika saat bukan di hari2 yang pasti, ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati disebabkan cinta dan rindu yang tiada erti.. lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILAHI..hingga tiada lagi keberkatan antara hubungan kita disuatu hari yang pasti

enti, intailah sebentar hari2 yang pasti.. tika itu, andai ana jatuh, enti menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan... tika ana kesedihan, enti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.. tika ana berseorangan, entilah teman... tika ana kelalaian, entilah yang mengingatkan.. tika itu, ana dan enti.. bukan lah lagi ‘ana dan enti … kerana..

ia adalah hari2 yang sudah pasti..di mana mahar sebagai bukti cinta antara kita didalam hati, akad sebagai saksi rindu kita selama ini.. berdoalah untuk hari2 yang pasti,

hari2 yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran.. dan itulah jalan yang telah Islam berikan…


perkongsian dari : Welove Islam@Facebook

No comments:

Post a Comment

.: see n read :.

by sufiMansor

.: JOM BERSENAM HLGKAN STRESS :.


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


Start Photo Sharing

--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~