Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu ?
Jawabnya senang
.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

...

Lilypie Kids Birthday tickers

.: LiHaT JuGa :.

Thursday, September 9, 2010

~BETAPA RENDAH DAN HINANYA NILAI SEORANG HAMBA~

perkongsian ilmu dr sahabat utk semua sahabat...
(ni emel y sy dpt...sama2 kite renungkan)

BETAPA RENDAH DAN HINANYA NILAI SEORANG HAMBA....

Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk hati nurani , lalu hati tunduk pada bisikan syaitan yang keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin ALLAH S.W.T. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci ALLAH yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia.

Apakah itu amal yang sia-sia? Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan ALLAH (Tuhan Yang Esa).

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja selesai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih ALLAH kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. " Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad.

Mengapa kita mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak, juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk.

Maha Suci ALLAH Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..Kasih sayang ALLAH S.W.T meliputi seluruh kerajaan langit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Walaupun kita tetap berbuat berdosa, ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tetap mengurniakan rezeki buat kita semua . Tidakkah kita bersyukur? ALLAH telah mengurniakan segalanya begitu indah dari segenap alam penciptaanNya. Termasuklah berupa anggota tubuh badan , yang merupakan sebahagian daripada nikmat-nikmat ALLAH S.W.T . Tetapi apakah yang telah kita berikan padaNya? Seharusnyalah dengan lafaz syukur yang penuh ikhlas, betapa kita menghargai akan nikmat pemberianNya.. Sama-sama kita fikir dan renungkan. Betapa hebatnya rencana ALLAH Yang Maha Berkuasa dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat ALLAH itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh hanya dengan cara...

Yakni penyucian hati nurani dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan yang sebenar kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan ALLAH S.W.T. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah S.A.W yang mulia; " Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi apabila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqi)

Pertolongan yang tidak disangka-sangka. Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan ALLAH itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan ALLAH itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman.

Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati ALLAH dikala senang, pasti mendapat perhatian ALLAH di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman! Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda Rasulullah S.A.W yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan.

Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan. Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan ALLAH S.W.T kepada mereka. Sesungguhnya kurnia ALLAH adalah sangat luas. Masakan ALLAH tidak mengetahui penat lelah hamba-hambaNya yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Bersangka baiklah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dialah Yang Maha Megetahui segalanya samada yang tersirat dan yang tersurat di dalam hati setiap hambanya.

Yang menanti, pasti singgahsana nan indah di Syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan ALLAH S.W.T. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika ALLAH meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?"

Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah. Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas; " Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi)

Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa.

Bertaubat dan beristighfarlah dengan Penghulu istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha ALLAH bersama kita.. "Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin". (Ya ALLAH, kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya ALLAH, ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami)..Wallahu'alam post by: ANNA Dicatat oleh aisyahHumaira

No comments:

Post a Comment

.: see n read :.

by sufiMansor

.: JOM BERSENAM HLGKAN STRESS :.


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


Start Photo Sharing

--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~